BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA DUA SAH SEBELUM RAYA, TENGKU ZAFRUL UMUMKAN MASA BANTUAN INI DIBAYAR

Global Semasa

Ramai yang bertanya berkenaan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi Fasa 2 yang mana dijangkakan akan dibayar sebelum Hari Raya tahun ini. Rakyat berharap agar bantuan kali ini dapat diagihkan sebelum Raya. Ini akan memudahkan & meringankan beban rakyat Malaysia yang ingin membeli barang-barang keperluan ketika raya.

Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuat secara berperingkat bermula Jumaat ini. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bayaran melibatkan peruntukan berjumlah RM2.75 bilion itu akan membabitkan 8.4 juta penerima.

Maklumat Lanjut BPR Fasa 2

Kategori 1

Isi rumah yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Bantuan RM1,200 untuk isi rumah yang mempunyai 0-1 orang anak.
Bantuan RM1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas orang anak.

Kategori 2

Isi rumah yang berpendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM4,000.
Bantuan RM800 untuk yang mempunyai 0-1 orang anak.
Bantuan RM1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas.

Kategori 3

Isi rumah yang mempunyai isi pendapatan RM4,001 hingga RM5,00.
Bantuan RM500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak.
Bantuan RM700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 dan ke atas orang anak.

Kategori Bujang

Bujang yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah.
Terbuka kepada bujang yang berumur 21 tahun ke atas.
Jumlah bantuan adalah RM350 seorang.

Kerajaan juga telah meluluskan sebanyak 7,424 permohonan dengan jumlah nilai pinjaman RM1.393 bilion di bawah program Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) setakat 16 April, 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, di bawah program tersebut, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion yang mengutamakan PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini.

 

Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *