“Kadang-Kadang Saya Rasa Neelofa Ni Jenis Lap4r Perhatian, Sengaja Cari Masalah”

Artis

Sejak semalam hangat diperkatakan netizen mengenai selebriti popular Neelofa d4kwaan merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang menasihati usahawan itu supaya memperlahankan memuat naik aktiviti di media sosial.

Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai BudakIjat meminta Neelofa berbuat demikian memandangkan dia dan suaminya, Harris Ismail kini menjadi perhatian ramai.

“Saya tegur dan beri nasihat ini kerana ambil berat. Harap, dia (Neelofa) tak ambil hati. Nasihat ini, saya tujukan juga kepada kawan artis dan selebriti lain.

“Kalau dapat rentas negeri tu, senyap-senyap sudah. Tak payah nak kongsi segalanya di media sosial masing-masing. Setakat beli karpet je pun.

“Netizen bukannya suka sebab kebanyakan netizen tak dapat kelebihan yang sama macam kamu semua yang boleh sewenang-wenangnya rentas sana sini atas gelaran selebriti. Tolong jangan bangkitkan kem4rahan orang ramai,” katanya.

Shahrulezad berkata dia merasakan usahawan terkenal itu mempunyai sikap ‘laparkan’ perhatian apabila sering kali mencetuskan kontr0versi.

“Kadang-kadang, saya rasa Neelofa ni memang sejenis craving (laparkan) perhatian sebegini. Sengaja cari masalah. Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai tu, dah kenapa?

“Tu satu hal la. Cuma, kenapa memuat naik video di Instagram Story tu dan kemudian padam. Kau tak tahu ke netizen kita ni semua sejenis ikan jerung laparkan dar4h, yang pantang ko buat silap?

“Minggu lepas, kau muat nak gambar burger, lepas tu padam. Orang kec4m, kau dengan ayat pijak semut tak m4ti cakap netizen bersangka buruk pada kau. Lepas tu, buat benda sama lagi sekarang. Kau dah kenapa? Suka ek orang kec4m cerca macam ni? Lapar ek?,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrulezad berkata sudah tiba masanya dia memberi teguran dan nasihat kerana dengan imej Neelofa yang kini berniqab sepatutnya disayangi ramai dan bukan semakin dib3nci.

Terdahulu, Neelofa ada memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di sebuah kedai karpet yang lokasinya disyaki netizen di Nilai 3.

 

Sumber: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *