“Aku Dah Banyak Bagi Muka…” Zarina Anjoulie Dan Suami Sah Berc3rai Kali Kedua

Artis

“Alhamdulillah aku dah cer4i. Anju nak benda ni viral supaya dia boleh dapat views yang tinggi. Jom support dia guys. Bagi dia perhatian sebab semua orang, anj*ng, kucing tengah kisah dan heran tentang dia. Ayuh support Anju”

Terbaharu, pelakon Zarina Anjoulie atau dengan nama sebenarnya  Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul tampil kali kedua mengesahkan sudah berc3rai dengan suaminya Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

Zarina berkongsi berita penceraian tersebut menerusi laman Instagram miliknya setelah hantaran sebelumnya yang dimuat naik berbaur ‘luahan’ negatif terhadap suaminya, namun telah dipadam tanpa memberi maklumat selanjutnya mengenai alasan disebalik pencera1annya yang kali kedua ini.

Walau bagaimanapun, mengikuti laman Instagram milik bekas suaminya, Yas ada memuat naik gambar kenyataan berikutan pengakuan penceraiannya serta beberapa hantaran mengenai bekas isterinya itu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kenyataan gambar yang dikongsi sedikit sebanyak telah menggambarkan isu-isu keretakan rumah tangga yang dialami oleh pasangan terbabit.

“Bunga bukan sekuntum. Maruah jela kena jaga. Maruah diri lagi, family lagi, anak-anak lagi. Dah cukup dah kot bersabar. Malas dah. Baik focus diri sendiri”

Kata Yas, dia kini hanya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada dirinya sahaja selain mengakui sudah ‘penat’ bersabar.

“Aku dah banyak bagi muka sampai takde muka dah. Hidup lah kau dengan tenang. Inalillah. RIP”

Setakat 3 Mei 2021, bekas suami kepada Zarina Anjoulie telah sah melafazkan tal4k 1 menerusi pengakuan di Insta Story miliknya.

Beliau turut memberi komen mengenai dakwaan sebagai ‘childish’ yang mungkin terpalit terhadap dirinya kerana memuat naik status pencera1annya, dimana sebelum ini belum pernah dia ceritakan.

Berita selanjutnya, menyusul.

Ditulis Oleh : Puteri Haideera Zuraidi

 

Sumber: Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *