Bapa kacak bertubuh kekar ini jadi kegilaan warga TikTok Walaupun Sudah berusia 56 tahun,

Keluarga Viral

Seorang lelaki dan juga bapa berusia 56 tahun kini menjadi bualan dan kegilaan pengguna TikTok setelah video ketampanannya dimuat naik oleh anak perempuannya di aplikasi tersebut.

Gadis yang menggunakan akaun @meturr, memuat naik video pertamanya di TikTok pada 12 Februari 2021, dan sehingga kini dia meraih lebih 490,000 pengikut hanya dalam tempoh beberapa minggu selepas video bapanya menjadi tular, lapor portal Mothership.

Video yang paling mendapat tontonan ramai iaitu 17.3 juta tontonan dimuat naik pada 28 Mac lalu.Video tersebut memaparkan aksi kedua-dua beranak itu melakonkan semula gaya sekeping gambar lama mereka yang diambil hampir 20 tahun lepas.

Kebanyakan video yang dimuatnaik di akaun gadis itu memaparkan bapanya sedang melakukan aktiviti seperti bersenam, menunggang motosikal berkuasa besar atau dikelilingi oleh beberapa buah kereta mewahnya di dalam garaj.

Turut dikongsi gadis tersebut adalah gambar lama ibunya dalam sebuah video yang mendapat 2.2 juta tontonan.

Rata-rata netizen merasa kagum dengan bapa gadis berkenaan yang kelihatan kacak dan awet muda walaupun sudah berusia 56 tahun. Malah ada yang pada awalnya menyangka mereka berdua adalah pasangan kekasih.

Difahamkan bapa gadis ini merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat pemaju hartanah, Realty One Development yang berpangkalan di Bangkok. Dia turut memiliki akaun TikTok menggunakan nama @im_passavee. Apa tunggu lagi, silalah “stalk”.

Agak-agak anda, apakah petua bapa gadis ini mampu kekal muda, kacak dan mempunyai badan yang kekar diusia warga emas? Sungguh mengkagumkan!

 

 

 

Sumber: -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *