Semua Nak Sama Sampai BF Pun Kembar Seiras Kongsi Orang Yang Sama!

Global Keluarga

Pasangan kembar, Anna dan Lucy DeCinque, 35, bukan sahaja digelar kembar paling seiras di dunia kerana berkongsi wajah dan habit atau kelakuan yang sama sebaliknya turut berkongsi seorang teman lelaki dalam hidup mereka.

Lebih ‘g1la’, pasangan kembar itu turut mahu hamil anak teman lelaki mereka, Ben Byrne, 37, pada masa sama.

Selain teman lelaki, hubungan saudara kembar itu sangat pelik hinggakan mereka pergi ke tandas bersama-sama, makan dan mandi serta berkongsi katil dan pakaian yang sama.

Anna, Lucy berkongsi gambar teman lelaki mereka, Ben

New York Post melaporkan, pasangan kembar itu mengakui mereka tidak dapat dipisahkan.

“Kami menganggap satu sama lain sebagai satu orang. Kami tidak akan pernah berpisah,” kata Lucy.

Dalam perkembangan sama, pasangan itu mengakui sudah menjalinkan hubungan dengan Ben selama 10 tahun dan mendakwa akan menikahinya jika tidak melanggar undang-undang.

“Dia (Ben) melayan kami sama. Dia tahu bahawa apa sahaja yang dia lakukan pada satu kembar, dia lakukan kepada yang lain,” katanya.

Lucy mengatakan bahawa dia dan Anna pernah menjalinkan hubungan dengan individu berbeza pada masa lalu, tetapi ia tidak berjaya kerana ‘mereka mahu memisahkan kami’.

“Orang boleh menilai kami bagaimana mereka suka, ini adalah cara yang sesuai untuk kami,” katanya.

Sumber: Harian Metro via -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *